Syaiful Zero Beri Jawapan Mengejutkan Punca Tangguh Khawin

Apabila Syaiful daripada kumpulan Zero mengumumkan penangguhan perkahwinannya, ramai para peminat mula tertanya-tanya sama ada pelawak itu sudah mula lupa diri. Banyak peminat yang kecewa dengan penangguhan perkahwinan ini. Malah tak kurang yang menganggap Syaiful sengaja menggunakan cerita perkahwinannya untuk menagih simpati.
syai2Lagi menyedihkan apabila ada desas-desus pertunangan Syaiful telah terputus di tengah jalan. Tidak mahu peminat terus diselebungi misteri, Syaiful Zero tampil menjelaskan keadaan sebenar. Sebenarnya perkahwinan tersebut ditangguhkan untuk menunggu duit kemenangan MLM2014. Iyerlah, bukannya malam tue menang RM500,000, esok pagi terus dalam bank ada duit. Mestilah ada proses tertentu. Kata Syaiful:-
Saya tangguh kerana menunggu duit kemenangan berjumlah RM500,000 tempoh hari benar-benar sudah berada di dalam tangan kami. Itu sahaja. Insya-Allah selepas dapat duit, saya dan tunang akan berkahwin. Kami tidak ada sebarang masalah dan pihak keluarga juga memahami situasi saya.
Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut. Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang.
Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas. Tidak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama saya di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya ada dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga.
Sumber: Beutifulnara

0 Response to "Syaiful Zero Beri Jawapan Mengejutkan Punca Tangguh Khawin "

Post a Comment