Pelakon Eizlan Yusof Cerai Talak Satu



AMPANG: Rumah tangga yang dibina pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun selama tujuh tahun akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu.

Perceraian mereka disahkan oleh Makamah Syariah Gombak Timur di sini pada Isnin.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan percerian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh pelakon itu terhadap isterinya pada 28 September 2014 adalah sah.


Gambar kenangan Eizlan, isteri dan anak mereka yang dirakamkan pada 2011.

Pasangan tersebut bersetuju hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu  manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.

Eizlan, 44, dan Vie Santie, 29, bernikah pada 7 Julai 2007 dengan hantaran RM77,777.77.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.

-----------------------------
Punca Perceraian: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini mengesahkan telah gugur talak satu dalam pernikahan antara Datuk Eizlan Yusof dan isterinya berikutan lafaz cerai yang dibuat oleh pelakon itu pada 28 September tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas meneliti tiga afidavit ke-terangan saksi yang difailkan serta berpuas hati dengan keterangan Datin Vie Santie Harun, 29, dan Eizlan sekali gus mensabitkan lafaz cerai yang dibuat secara lisan pada pukul 11 malam itu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Terdahulu, peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Vie Santie selaku plaintif membe­ritahu, Eizlan atau nama sebenar­nya Idris Md. Yusof, 45, melafazkan “Aku lepaskan kau. Aku tak nak kau lagi. Kau pergi ambil surat, aku sign (tandatangan) je” terhadap anak guamnya.

“Walaupun perkataan ‘lepaskan’ sahaja yang digunakan, itu adalah jelas bahawa lafaz tersebut adalah sah dalam konteks syarak dan disokong dengan niat defendan (Eizlan) untuk bercerai,” kata Zulkifli.

Eizlan yang merupakan pelakon drama Jaguh Jaguh itu juga mengakui beliau dalam keadaan waras dan sedar terhadap apa yang berlaku ketika itu selain mengingati lafaz yang telah disebutkan.

Zulkifli turut memberitahu, kedua-dua pihak telah bersetuju terhadap satu perjanjian selepas perceraian antaranya menyerahkan hak penjagaan anak kepada pihak plaintif, nafkah idah diserahkan kepada budi bicara kedua-dua pihak dan plaintif tidak akan menuntut mutaah.

“Dalam perjanjian itu juga, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga nama baik masing-masing dan tidak akan memburukkan mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung,”
katanya.

Sebelum prosiding bermula pada pukul 3.50 petang, Eizlan dan Vie Santie sempat berbual-bual di pekarangan mahkamah dengan kedua-duanya dilihat menitiskan air mata. Mereka kemudian keluar dari mahkamah pada pukul 4.30 petang selepas prosiding berakhir dan pulang secara berasingan.

Vie Santie memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada 14 Oktober tahun lalu di mahkamah tersebut mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pasangan itu berkahwin pada 7 Julai 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.

Sumber : Utusan malaysia

Related Posts :

0 Response to "Pelakon Eizlan Yusof Cerai Talak Satu"

Post a Comment