Baru-baru ini Zizan Razak menitiskan air mata kesedihan apabila mengumumkan yang beliau akan meninggalkan program hiburan Melodi di TV3 sebagai pengacara kerana kontraknya sudah tamat.
Namun, ada pula pihak yang mengatakan kontrak beliau tidak disambung kerana masalah peribadi yang berpanjangan selain telah menandatangani kontrak baru bersama Astro.
Terbaru menerusi blog ini, Zizan tampil beri penjelasan sebenar dan menafikan isu peribadinya termasuk hubungan cinta dengan Emma Maembong menjadi punca.
“Sebenarnya saya sudah diberitahu awal bulan lalu berhubung kontrak ini. Saya akur dan menghormati keputusan mereka, malah bersyukur dengan peluang selama empat tahun yang diberikan itu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “Ia tiada kaitan langsung dengan kesilapan mahupun berkaitan kontroversi. Mereka cuma ingin memberi ruang kepada wajah baru. Lagipun, saya sudah lama bersama Melodi, ada baik dan buruknya juga jika terlalu lama bersama sesebuah program tersebut” - Pasalartis.blogspot.com
0 Response to "Zizan Razak Digugurkan Dari Melodi Sebab Masalah Peribadi?"
Post a Comment