Amanda Misbun Tampil Beri Penjelasan Kes Awie Pukul Kakaknya


Sebelum ini kecoh di laman sosial apabila sekeping gambar dikongsikan seseorang dimana isteri Awie teruk dipukul seseorang. Namun suaminya, Awie menafikan sekeras-kerasnya akan isu kononnya dia memukul isterinya sehingga lebam di depan bank kerana berkaitan isu duit. Malah, Awie mendakwa ianya hanyalah satu fitnah semata-mata yang sengaja menjatuhkan imej Awie.

Terbaru menerusi blog ini, adik kepada Rozana Misbun, iaitu Amanda Misbun tampil beri komen berhubung isu ini setelah mendapat tempias kerana mendapat banyak soalan dari media dan wartawan berhubung kes dera ini.

Katanya, dia tidak tidak mahu memberi sebarang komen kerana dirinya tidak layak berbuat demikian, termasuklah memberi komen berkenaan gambar tersebut - Pasalartis.blogspot.com



1 Response to "Amanda Misbun Tampil Beri Penjelasan Kes Awie Pukul Kakaknya"

  1. Kalau khabar angin, benda ni tak kan sampai ke mahkamah dan pendakwaraya mendapati bahawa ada kes terhadap tertuduh untuk didakwa di mahkamah.

    ReplyDelete