Panas!!! Rozita Che Wan buat kejutan lagi di Instagram!


Panas!!! Rozita Che Wan buat kejutan lagi di Instagram! - Che Ta mendedahkan yang dia berjaya mendelete dan memblok seramai 1000 lebih follower di instagramnya sebab rimas dengan komen2 peminat yang melampau.

“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.

“Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.

Rozita juga kecewa kerana setiap gambar yang dia upload mendapat komen negatif dari peminat. Sebagai contoh gambar percutian mereka di paris tiba2 menjadi kontroversi apabila dikatakan kami bercium. Bukan itu sahaja, malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu dimana aksi mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik peminat.

"Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun".

“Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya sambil ketawa.

Tambah che ta, walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

Terbaru, dia benar-benar marah apabila isu Zain men'dye' rambut perang dipersoalkan tanpa peminat mengetahui perkara sebenar apa yang berkalu.

Rozita perjelaskan, Zain terpaksa berbuat demikian sebab terikat dengan kontrak lakonanya memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun 2014.

“Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je,” katanya yang kini mengandung lima bulan. - Pasalartis

0 Response to "Panas!!! Rozita Che Wan buat kejutan lagi di Instagram!"

Post a Comment