Video: Road Bully, Makcik Pukul Pelancong Perancis Guna Payung


MIRI - Seorang wanita Perancis menjadi mangsa buli samseng jalanan apabila beliau diserang dan dipukul oleh seorang wanita yang marah selepas mangsa menjerit agar berhenti mengundurkan kereta kerana bimbang ibunya yang berdiri hanya beberapa inci di belakang kereta wanita itu dilanggar.

Menurut sumber, dalam kejadian pada jam 11.00 pagi di tempat letak kereta Krokop sini, wanita Perancis 44 tahun itu bersama dengan ibunya sedang membuka but kereta mereka untuk meletak barang-barang yang telah dibeli di pasar. Sebuah kereta parkir berhampiran mereka tiba-tiba mengundur dan hampir terlanggar ibu mangsa.

Terkejut dengan kejadian itu, wanita itu terus menjerit terhadap pemandu kereta berkenaan agar berhenti mengundurkan kenderaannya.

Tetapi jeritan wanita Perancis itu menyebabkan pemandu wanita terbabit berang.

Sambil melangkah keluar dari keretanya, pemandu wanita itu terus meludah mangsa sebelum memukulnya menggunakan payung cap ayam di bahagian dahi.

Seorang pemandu wanita (baju biru) yang lain menyaksikan kejadian itu cuba meredakan keadaan namun tidak berjaya.

Sekali lagi wanita itu cuba menenangkannya dan meminta dia memohon maaf kepada dua wanita Perancis, namun tidak diendahkan. 

Wanita itu sebaliknya memilih untuk terus marah dan memandu pergi dari tempat kejadian.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang dengan payung. Kereta mangsa juga turut dihentak sehingga calar.

Bagaimanapun, mangsa berjaya mengambil gambar keretanya dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Miri pada hari yang sama.

2 Responses to "Video: Road Bully, Makcik Pukul Pelancong Perancis Guna Payung"

  1. aduhai...
    udah nak kena saman la pulak !! hehe !!

    kisah sbenarnya tu...
    wanita bertudung tu.. nama je bertudung...
    cuma punyai satu telekung je pun... itu pun pinjam dr adiknya...
    hakikatnya.. wanita bertudung itu mcm lain2 wanita yg bertudung jugak la...
    menyamar dan 'menyerupa' je lebihnya..
    walhal xpenah solat pun !!!

    bukanya mudah bagi wanita tu nak mula solat...
    awal mulanya tentunya nak kena jilat smula ludahnya tu..
    yg udah kering pun.. xgitu... ustaz...?
    slain tu perlu mintak maaf kat seluruh penduduk bandaraya MIRI tu haa... xgitu... ustaz...?

    ReplyDelete
  2. hati yg penting bukan luaran

    ReplyDelete