HOT!!! 2 Gambar: Kekasih Baru Siti Saleha Berdarah Kacukan Yang Kacak!

HOT!!! 2 Gambar: Kekasih Baru Siti Saleha Berdarah Kacukan Yang Kacak! - Sebelum ini, Pasalartis tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki kacukan yang dikhabarkan sudah mencuri hati pelakon Siti Saleha.

Terkini, menerusi Akhbar Harian Metro, akhirnya segala persoalan terjawab apabila wajah jejaka pilihannya itu tersebar.

Tanpa berselindung, Saleha menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan. Wow.. banyak duit tu hehe....

Ujarnya lagi, kekasihnya itu seorang yang sangat pemalu dengan media.

“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan masih dalam proses mengenali jiwa masing-masing. Kami juga belum ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini,” katanya.

Bagaimanapun, Saleha masih belum bersedia untuk mendedahkan nama kekasihnya kepada umum.

Sebelum ini, dia pernah digosipkan dengan penjaga gol yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney dan jejaka Inggeris, Robin Coenraad.

Namun, semuanya terputus di pertengahan jalan.

Diharapkan hubungan kali ini  akan kekal hingga ke jinjang pelaminlah ya…

Saksikan foto mesra mereka dibawah...

0 Response to "HOT!!! 2 Gambar: Kekasih Baru Siti Saleha Berdarah Kacukan Yang Kacak!"

Post a Comment