Video Kontroversi Neymar Di Hospital Tersebar Luas Di Laman Sosial!



Sao Carlos – Kecederaan serius yang dialami penyerang sensasi Brazil, Neymar Jr. menjadi topik utama Piala Dunia di Brazil selepas doktor pakar yang merawat beliau mengesahkan Neymar terpaksa direhatkan akibat patah tulang vertebra.

Namun disebalik tragedi yang menimpa pengurus Brazil, Selecao selepas kehilangan bintang harapan pasukan itu, kontroversi tercetus apabila satu video Neymar yang di bawa masuk di pintu masuk Hospital Sao Carlos tersebar luas di laman sosial.

Seorang jururawat cantik yang dikenali sebagai Cinthia, merakam video ketibaan Neymar di hospital itu sekaligus menimbulkan kemarahan peminat Neymar serta mengecam tindakannya mengambil video kesakitan Neymar dengan senyuman manis dan menunjukkan tanda ‘V’ pada akhir video selama 25 saat itu.

Memetik laporan dari laman bola sepak Brazilan UOL, akibat perbuatan itu, jururawat tersebut bakal dibuang kerja. Jururawat tersebut juga dikatakan tidak hadir bekerja hari ini dan berkemungkinan akan dipecat - Pasalartis.blogspot.com



0 Response to "Video Kontroversi Neymar Di Hospital Tersebar Luas Di Laman Sosial!"

Post a Comment