Detik-Detik Terakhir Rezaimen Keiflin Sebelum Meninggal Dunia


Detik-Detik Terakhir Rezaimen Keiflin Sebelum Meninggal Dunia - Anak lelaki kepada bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 , disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 6 petang semalam akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak april lalu.

 Aktres itu telah mengupload gambar anaknya beserta tags“ Al-Fatihah… Moga anak mama tenang di syurga Allah.” Menerusi aplikasi Whatsappnya,

 Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 6, Shah Alam sebelum dikebumikan sehari kemudian.

Beberapa hari yang lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikut laman sosialnya mendoakan kesihatan anaknya. “Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah Al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” tulisnya.

 Takziah kami ucapkan kepada keluarga Linda Rafar. Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada rohnya dan semoga Allah SWT menempatkan dia dikalangan orang yang beriman. Amin - Pasalartis.blogspot.com

0 Response to "Detik-Detik Terakhir Rezaimen Keiflin Sebelum Meninggal Dunia "

Post a Comment