Tidak mahu terus diperkotak-katikkan oleh Chef Wan, ahli keluarga yang telah dimalukan oleh chef selebriti itu bakal mengambil tindakan tegas. Melalui penjelasan salah seorang anak saudara Chef Wan, mereka bakal menyaman chef tersebut kerana telah memalukan, mengaibkan dan memfitnah insan-insan yang berada di dalam gambar tersebut. Secara jujur, memang tindakan Chef Wan yang memuatnaik gambar mereka sedang tidur dengan caption yang agak kasar adalah tidak manis dan kurang elok dilakukan.
Menariknya, anak saudara Chef Wan ini turut sama menangkis dakwaan yang bapa saudaranya itu mengeluarkan wang perbelanjaan untuk Hari Raya mereka sekeluarga.
Malah pengguna Twitter @haunt2 ini juga turut memuatnaik komen ibunya yang sedih dengan apa yang telah terjadi.
Malah seluruh keluarga dilaporkan berada di belakangnya kerana mereka mengetahui cerita sebenar. Sokongan buat Chef Wan hanyalah datang daripada peminat tegarnya.
Satu ketika dahulu, Chef Wan merupakan salah seorang bapa saudara yang paling dihormati. Namun kini segalanya sudah berubah.
Tindakan saman ini bakal diambil kerana apa yang dilakukan oleh Chef Wan sudah melampau.
Agak menyedihkan apabila tragedi sebegini terjadi kepada kaum keluarga kita. Abang Nara tak dapat bayangkan kalau kami sekeluarga bergaduh di laman sosial. Sesetengah perkara boleh dibawa dan dikongsi untuk tatapan orang ramai, ada sesetengah yang lebih baik diselesaikan secara ‘offline’. Apa pun, semoga apa yang terjadi kepada Chef Wan dan ahli keluarganya ini menjadi pengajaran buat kita semua. Main laman sosial boleh, tapi berpada-padalah. Tak semua benda boleh kita kongsikan buat tatapan umum. sumber beautifulnara
0 Response to "Buat Cerita & Sebar Gambar Tak Sepatutnya, Ahli Keluarga Bakal Saman Chef Wan"
Post a Comment