KISAH SEBENAR LELAKI KANTOI KAHWIN DAN MENINGGAL SEMALAM


KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang isteri terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya, dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu.

Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi.

Kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir.

Pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Isteri pertama mangsa, Farah Fadila Faizal, 27, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis.

Dia yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan hamil empat bulan, terkejut menerima berita buruk itu.

“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

"Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.

Sementara itu, adik Abdullah Suhaime, Maizatul, 25, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian tersebut kira-kira jam 7 pagi daripada ibu saudaranya sebelum bergegas ke HKT bersama ayahnya, Abd Rahman Ali, 58.

Katanya, dia mengetahui ibu, abang dan kakak iparnya maut sebaik tiba di balai polis.

“Rohayu merupakan isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke Terengganu tiga hari lalu.

“Saya dan abang hanya dua beradik. Selepas abang tidak tinggal bersama, saya jarang berbual dengannya. Malah akhir-akhir ini, dia (nampak seperti) tidak seceria selalu,” katanya ditemui di unit forensik HKT, semalam.

Jenazah dibawa untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Ford Fiesta dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru, bertembung dengan lori yang datang dari arah Johor Bahru.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan berkembar dua hala serta mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan,” katanya.

sumber   

http://www.sinarharian.com.my/semasa/ketahui-suami-nikah-lagi-selepas-nahas-1.402150



Kota Tinggi: “Hari ini baru saya tahu dia berkahwin seorang lagi,” kata Farah Fadila Faizal, 27, isteri pertama Abdullah Suhaime Abd Rahman, yang terkorban bersama ibu dan isteri kedua yang baru dinikahi tiga hari lalu dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Abdullah Suhaime, 30, yang bertugas sebagai pembantu juru X-ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru terbunuh apabila Ford Fiesta dipandu isteri keduanya, Rohayu Abas, 29, dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung sebuah lori pasir.
Kejadian itu turut menyebabkan ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.
Farah berkata, dia pada mulanya mengetahui suaminya ditimpa kecelakaan jalan raya melalui rakan WhatsApp sebelum dimaklumkan oleh polis.
“Pada Ahad lalu, suami ada beritahu saya bahawa dia hendak menghadiri kursus selama beberapa hari. Saya juga ada mengirim pesanan ringkas ke telefon bimbitnya beberapa hari lalu mengadu sakit kaki, tetapi tidak dibalas.
“Saya juga tidak tahu ibu mentua dan isteri barunya ikut bersamanya. Sehinggalah pagi ini (semalam) sebaik saja saya dimaklumkan kemalangan terbabit, barulah saya tahu dia sudah bernikah seorang lagi,” katanya yang kini hamil anak sulung selepas dua tahun berkahwin.
Farah yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Kota Tinggi (HKT) bagaimanapun tidak dapat menahan kesedihannya sehingga ditenangkan oleh ahli keluarga yang turut menemaninya.
Sementara itu, adik kepada Abdullah Suhaime yang dikenali Maizatul, 25, berkata, dia mendapat berita kejadian itu jam 7 pagi semalam daripada ibu saudaranya.
Katanya, terkejut dengan berita itu, dia bergegas ke HKT bersama bapanya, Abd Rahman Ali, 58.
“Rohayu isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke sana sejak tiga hari lalu.
“Kami hanya dua beradik, selepas tidak tinggal bersama keluarga, saya sudah jarang berbual dengannya. Malah sejak akhir-akhir ini, dia tidak seceria seperti ketika kami tinggal bersama ibu bapa dulu,” katanya.
Maizatul berkata, semua jenazah dibawa ke Pahang untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran selepas bedah siasat selesai dilakukan pihak hospital.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Ford Fiesta dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan sebuah lori.
Menurutnya, akibat pertembungan itu, pemandu dan dua penumpang maut termasuk seorang warga emas tercampak keluar beberapa meter dari kereta.
“Pemandu lori iaitu Mohamad Amirul Faiz Azman, 23, berasal dari Felda Pasak, Kota Tinggi mengalami kecederaan di mata, dada dan kaki dirawat di HKT.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan berkembar dua hala yang lurus serta dalam keadaan cuaca baik,” katanya.
Beliau berkata, anggota Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan Rohayu dan Abdullah yang tersepit.


sumber: http://www.hmetro.com.my/node/58504#sthash.oZu54UPq.dpuf


Kejadian Sebelum Ajal Menjemput Sungguh Menyayat Hati



Abdullah Suhaime sepanjang hidup nya tidak menceritakan yang diri nya akan berkahwin dengan seorang wanita lagi di kala isteri pertama nya mengandung 4 bulan.


Seorang isteri yang kini hamil 4 bulan, terkejut menerima berita buruk yang suaminya maut bersama dengan isteri baru dan ibu mertuanya dalam kemalangan.


Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan isteri barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat HSA serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52, maut serta merta di lokasi kejadian selepas kemalangan.














Difahamkan, Suhaime baru sahaja bernikah dengan Rohayu beberapa hari yang lalu.


Kemalangan itu dilaporkan berpunca dari kereta Ford Fiesta yang dipandu oleh Rohayu dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran dengan stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai pada jam 5 pagi.


Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian mata dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).


Farah Fadila Faizal, 27, isteri pertama mangsa hanya mengetahui kejadian itu daripada rakan WhatsaApp sebelum diberitahu oleh pihak polis.


Farah telah mendirikan rumah tangga dengan Suhaime selama dua tahun yang kini sudah hamil empat bulan terkejut menerima berita itu.


"Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari. Saya ada menghantar sms mengadu kaki saya sakit ketika dia sedang berkursus. Tetapi mesej saya langsung tidak dibalas. Saya tidak tahu ibu mertua dan wanita itu ada bersama dengannya sehingga menerima berita tentang kemalangan itu," katanya.

0 Response to "KISAH SEBENAR LELAKI KANTOI KAHWIN DAN MENINGGAL SEMALAM"

Post a Comment