Kakitangan Awam Terima Bantuan Khas RM500 Sempena Ramadhan 2015

Wah untung jadi kakitangan awam ni ye. Perdana Menteri umum bahawa kakitangan awam Malaysia akan terima bantuan khas sempena kedatangan bulan Ramadhan 2015. Bantuan kewangan khas ini akan diberikan sebanyak RM500 bagi penjawat awam gred 54 ke bawah.

Bantuan khas ini juga akan turut diterima oleh pesara kerajaan sebanyak RM250, melibatkan lebih 700,000 pesara.

Kakitangan Awam Terima Bantuan Khas Ramadhan 2015

Kakitangan Awam Terima Bantuan Khas Ramadhan 2015

Kedua-dua pembayaran bantuan khas ini iaitu untuk kakitangan awam dan juga pesara akan diberikan pada 25 Jun 2015. Anda boleh rujuk jadual gaji kakitangan awam untuk tahun 2015.

Pemberitahuan mengenai bantuan khas untuk kakitangan awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri 2015 ini dibuat di Putrajaya oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Ehemm .. nampak seronok semua orang dok dalam pejabat kerajaan tu ye ... hoho .... 

sumber asal http://www.hasrulhassan.com/2015/06/kakitangan-awam-terima-bantuan-khas.html

0 Response to "Kakitangan Awam Terima Bantuan Khas RM500 Sempena Ramadhan 2015"

Post a Comment