Semalam pasangan ini telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan hari ini majlis resepsi Yana Samsudin dan suaminya diadakan di Dataran Gemilang, Yong Peng, Johor khas untuk sama-sama meraikan peminatnya.
Hadir dengan busana serba putih, kelihatan senyuman tidak pernah lekang daripada pasangan ini sepanjang majlis resepsi diadakan. Pada pandangan kami, penat juga pengantin mahu melayan tetamu yang hadir ketika majlis bersanding ya?
Melalui senyuman dan juga keletah mereka berdua yang dikongsikan di akaun Instagram Yana, ternyata mereka kelihatan sungguh secocok berdua. Berbaloi penantian Fadzil selama ini.
Tahniah buat kedua dua belah keluarga atas penyatuan dua hati ini. Semoga ikatan yang terbina ini kekal selamanya dan cepat dikurniakan cahaya mata. Untuk anda, berikut beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi pasangan ini hari ini. Enjoice! Rotikaya
Lagi 20 Foto di sini
0 Response to "Sekitar Resepsi Perkahwinan Yana Samsudin & Fadzil Zahari Di Yong Peng"
Post a Comment