Luahan Ibu Nursyuhada, Mangsa Kelar Teman Lelaki

Luahan Ibu Nursyuhada, Mangsa Kelar Teman Lelaki

Luahan Ibu Nursyuhada Johari, Mangsa Kelar Teman Lelaki | Ibu kepada mahasiswi yang meninggal dunia apabila seorang lelaki dipercayai teman lelakinya megelar leher anaknya itu.

Ibu kepada Nursyuhada Johari, Nor Azlina Dawari pernah menasihatkan suspek beberapa kali agar tidak mengganggu anaknya tetapi tidak dipedulikan.

Dia melarang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan cinta dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan najis dadah.

“Saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu.

“Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati,” katanya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.55 pagi hari Isnin itu, Nursyuhada Johari merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Walaupun terkejut dengan tragedi tersebut, keluarga Nursyuhada Johari redho dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.

“Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya,” tambahnya lagi.

0 Response to "Luahan Ibu Nursyuhada, Mangsa Kelar Teman Lelaki"

Post a Comment