Eddie Nak Rujuk Semula - Raja Azmi Terharu,Serah Pada Takdir

"Terkejut sangat. Tak sangka dia cakap macam itu dengan berani di televisyen. Dari situ Kak Mi nampak kesungguhannya. Sebelum ini dia ada pujuk supaya kami berbaik semula. Kak Mi selesa berkawan. Kami lebih mehamami (satu sama lain) kerana berkawan selepas bercerai. 

"Apa pun Kak Mi pasrah pada ketentuan Allah. Tak mahu menafikan kami takkan rujuk. Buat masa ini Kak Mi masih dalam dilema," demikian ujar Raza Azmi dipetik sebagai berkata mengenai pujukan bekas suaminya untuk rujuk semula melalui program Melodi. 

Apa yang menarik, Raja Azmi telah mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie. 



"Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukanlah hati yang baik itu untuk kita rujuk semula. Saya hari-hari berdoa agar Tuhan jodohkan kita balik," begitulah lebih kurangnya luahan Eddie semalam. 

Bagaimanapun, difahamkan Raja Azmi masih keliru dan takut untuk memberi harapan dan setakat ini berserah pada kuasa Allah untuk menentukannya. 



Sebagai rekod, Raja Azmi berkahwin dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 bulan. 

Perkahwinan tersebut adalah yang kedua bagi Raja Azmi. Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan Datuk Seri Jalani Sidek selama 28 tahun dan mempunyai tiga anak.  sumber: Myartis.com

0 Response to "Eddie Nak Rujuk Semula - Raja Azmi Terharu,Serah Pada Takdir"

Post a Comment