Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Kongsikan Cerita Cinta Mereka Di Usia Muda


Akhirnya banyak kisah menarik diantara pasangan sama cantik sama padan ini terbongkar dalam pertemuan di Sri Pentas, Bandar Utama khamis lalu. Salah satunya berkongsi cerita bagaimana mereka mengharungi rumah tangga dan bergelar ibu bapa di usia yang begitu muda, sekali gus impak fasa kehidupan berkeluarga pada diri mereka yang kini lebih matang.

Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 23, memberikan kredit kepada suaminya, Suhairil Suhari atau nama komersialnya Aeril Zafrel, 26, yang disifatkan sebagai seorang suami yang sangat penyabar.

“Saya orangnya agak baran sementara, Aeril sangat penyabar. Kadang-kadang penat, benda kecil pun jadi hal. Kalau saya marah-marah, dia biasanya diam saja atau paling tidak pun merajuk.

“Akhirnya saya yang pujuk dia semula bila dibebani rasa serba salah. Namun Aeril mudah sejuk dan tidak pernah memanjangkan hal. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai suami yang baik dan tidak banyak kerenah. 

“Aeril seorang yang ringan tulang dan sangat membantu. Dia akan ambil alih jaga Attar, kalau saya memasak atau melakukan kerja rumah ujarnya kepada Hmetro. 

Sama-samalah kita doakan semoga keluarga ini sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat. aminn... -Pasalartis

0 Response to "Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Kongsikan Cerita Cinta Mereka Di Usia Muda"

Post a Comment